多语 ✿联合国里的文莱

多语 ✿联合国里的文莱

2016-07-05    03'35''

主播: 1249593

201 9

介绍:
主播:戴珊珊 原文:Negara Brunei Darussalam Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB)mula wujud pada 26 Jun,1945.Piagamnya ditandatangani di San Francisco,America Syarikat,oleh 50 buah negara perwakilan dan dikuatkuasakan pada 24 Oktober 1945.Salah satu tujuan penubuhan dunia ini adalah untuk mewujudkan kerjasama di kalangan penduduk dunia demi menstabilkan keamanan. Tujuan kedua adalah untuk menjamin agar generasi akan datang bebas daripada peperangan sambil meningkatkan penghormatan kepada hak-hak asai manusia. Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu juga bertujuan untuk menyediakan asa bagi pembanguanan ekonomi dan sosial di seluruh dunia.Keanggotaannya terbuka kepada semua negara yang mencintai keamanan.Enam bahasa telah diperakukan sebagai bahasa rasmi pertubuhan ini,iaitu bahasa-bahasa Arab ,China,Inggeris,Perancis,Rusia dan sepanyol. Keahliannya telah mencapai 186 buah negara anggota .Negara Burunei Darussalam menjadi ahlinya yang ke-159 pada 24 September 1984.Kemasukan negara ini,telah diisytiharkan oleh Tuan Yang Terutama Paul Lusaka,Prwsiden Perhimpunan Agung ke-39.Sebaik sahaja Negara Burunei Darussalam menjadi ahli pertubuhan ini,seorang perwakilan dari negara ini dilantik wakil tetap di New York. Antara tindakan Negara Burunei Darussalam dalam menangani isu-isu dunia pada masa ini ialah menegaskan agar negara-negara anggota pertubuhan menghormati resolusi-resolusi yang diluluskan dan mencipta satu dunia yang aman.Negara Burunei Darussalam juga menyentuh masalah Palestin serta isu-isu Afghanistan dan Kampuchea.